Ekelas Subjek Bahasa Inggeris Tahun 6
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2020, Jumaat yang lepas, seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 telah menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Krokong. Kelas tersebut bermula pada pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 3:50 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Bahasa Inggeris melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru.
e-Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar :
• Tahun 6 (26 orang)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: